Wednesday, December 30, 2009

PROMOSI 2010

MAKE UP UNTUK PENGANTIN HANYA RM150....BOOKING SEKARANG.....

Wednesday, July 8, 2009

PROMOSI UNTUK OCT,NOV DAN DEC

PAKEJ ISTEMEWA UNTUK BAKAL PENGANTIN

PAKEJ RM550

2 X MAKEUP
SEPASANG LACE LELAKI + PEREMPUAN

BERMINAT SILA BOOKING SEKARANG......

Monday, June 8, 2009

Tuesday, February 24, 2009

Zue & Is Kg Medan


Duta Avon Nasha Aziz





Gambar ni di ambil masa saya berkerjasama dengan avon jadi make-up artis bagi pelanggan-pelanggan avon untuk sesi fotografi bersama duta Avon iaitu Nasha Aziz. Masa tu memang penat sebab kena make-up ramai orang tapi tak kisah sebab dapat jumpa Nasha Aziz...Cantiknyer dia...

Husna & Along angklong.....Akad nikah


Friday, February 20, 2009

Excellent make-up! (gambar hiasan)sumber inspirasiku..




















Tahun demi tahun silih berganti bersama keazaman,cabaran,pengalaman dan kenangan yang banyak mengajar,mematang dan mendewasakan diri untuk terus berusaha memberikan yang terbaik dalam kerjaya ini.Bersandarkan kemampuan diri dan keupayaan diri yang masih terus menggali pengalaman demi pengalaman,bukan mudah untuk memenuhi segala kehendak dan cita rasa yang berbeza-beza.Namun demi pelanggan, memberikan yang terbaik tidak pernah bernoktah.
Bermula dari merangkak,bertatih dan kemudiannya berjalan sendiri,itulah saat paling gembira bagi seorang ibu tatkala mendidik dan melihat anak membesar dengan sihat depan mata.Namun apabila si anak jatuh sakit,pastinya si ibu tidak lena dan merasakan kesakitannya.Begitulah yang saya rasakan sepanjang menceburi bidang andaman ini.Banyak cabaran dan rintangan yang diharungi.Namun sepanjang itu sedikit pun tidak menggugat rasa jemu untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami.Biarpun sukar untuk memenuhi segala keinginan,sementelahan pula naluri manusia berbeza-beza.Apapun Ahzacollection berazam akan terus berusaha demi memenuhi cita rasa setiap pelanggan kami.Apa jua komen dan kritikan akan kami jadikan panduan untuk meningkatkan lagi daya kreativiti kami.

Wednesday, February 18, 2009



Assalamualaikum.....w.b.t

Alhamdullillah setelah sekian lama barulah ader kelapangan sikit nak menulis kat blog ni....nak mula dari maner yer....ermmm okla biarla saya cerita sedikit sebanyak bagaimana saya boleh menceburi bisnes mak andam ni...Alkisahnyer dulu kalau ader member-member yang nak bertunang ker kawin ker diorang selalu minta saya tolong mekapkan pastu ader gak yang minta tolong buatkan hantaran kawin ...hehehe! cantik ker? boleh la kot ...maklumla masa tu bukan belajar pun guna kreativiti sendiri jer... dari situ la timbulnya keinginan nak jadi mak andam yang bertauliah...so saya pun ambik kelas mekap dan dari kelas tu saya jumpa ramai gak mak andam yang dah professional so diorg la yang banyak bagi tunjur ajar macam maner nak mula dalam bisness nih....
Pejam-celik pejam-celik tahun ni dah masuk tahun ke-3 kami suami- isteri menceburi bidang ni..suami saya pula minat dalam bidang fotografi dan dia berusaha keras untuk menjadi seorang fotografer yang baik dan sekarang biler saya sendiri melihat hasil kerjanya dalam hati terdetik juga rasa bangga dan terharu.....berbalik kepada cerita yang asal tadi, kami membuka perniagaan dengan modal yang kecil sahaja....so dengan modal yang sedikit la saya beli alat solek dan juga aksesori pengantin.Alhamdulillah berkat usaha dan kesabaran sekarang kami dah pun ader syarikat kami yang sah iaitu "AHZACOLLECTION''.
Itulah serba sedikit cerita untuk dikongsikan bersama.InsyaAllah bila ader kelapangan lagi saya juga ingin berkongsi segala pengalaman saya selama menjadi mak andam ni.Banyak pengalaman yang dah saya lalui ader yang pahit,manis dan macam-macam lagi....ok jumpa lagi bye!!!!!!!!!!

Friday, January 16, 2009

BAJU SONGKET TABUR

Harga sewa bagi baju songket tabur(lelaki dan perempuan) =Rm300


BAJU LACE AHZA COLLECTION

Harga sewa bagi baju lace (lelaki + perempuan) :RM350


PELAMIN BARU AHZA COLLECTION


Harga Pelamin kerawang(rumah) :RM850
(dewan) :RM1,300